8.8.08

Itu Kata Mereka, Kata Aku?


"Cerita ada, cuma olahan kurang."

Tutur santunku, seolah mahu menjaga perasaan. Mereka memandangku, seakan menuntut penjelasan. Setiap anak mata yang mengekori pergerakanku beria mahu mendengar, sebolehnya apa yang akan aku ungkapkan boleh melesapkan kekaburan mereka.

Lalu bangkit seorang lantas menutur.

"Apa itu skrip yang matang Abang Amir?"

Aku tergamam. Adakah ini masa sesuai untuk memperjelaskan sesuatu yang kompleks. Argh! Matang itu suatu yang abstrak. Semua orang punya penafsiran berbeza tentang kematangan. Aku juga begitu.

Aku menghela nafas, cuba mencari jawapan paling berdiplomasi. Aku tahu mereka buntu, lantas menyusun kata yang mungkin dapat membantu.

"Bergantung pada pemikiran awak, mahu menyampaikan mesej secara terus atau tersembunyi. Nadi senaskah skrip bukan pada bahasanya, tapi pada intipatinya."

Aku kira itu sudah cukup bagus buat mereka, namun mereka masih mahukan lanjutan. Lanjutan tentang apa itu teater, apa itu skrip teater, apa itu lakonan.

Sabar, masa kalian akan tiba. Bernafas dengan tenang usah tercungap. Masa kalian masih panjang, masih punya waktu untuk terus bertatih.

Usai tugasan ini bersama, permulaannya bersama, pengakhirannya juga bersama. Itulah teater, kerja berpasukan. Bukan untuk mengejar nama semata, bukan untuk mempamer kehebatan diri, tapi medan pertempuran bersama untuk memperjuang apa yang dibawa.

Dunia teater dan lakonan terlalu kompleks. Banyak melihat, belajar menafsir. Akan kalian fahami apa perlu belajar dari bawah. Aku percaya teater itu yang memanusiakan manusia.

2 comments:

nota.kematian said...

ya.
seni itu sendiri suatu yang abstrak.
cabang cabang seni itu lagilah abstrak dan kompleks.

bukan medan untuk menunjuk nunjuk,
bukan jua medan untuk mempamerkan betapa kamu kamu punya pengalaman yang luas,
rasa diri hebat,
mentertawakan mereka yang lain yang kamu kamu rasa tiada pengetahuan dalam suatu perkatra itu.
mempersendakan mereka yang lain yang kononnya kamu lebih dari mereka.

semua yang ada, semua yang berlaku, semua yang tampak,
sebenarnya lebih dari itu.

p/s zaman dah berubah,
dunia dah maju,
manusia sama saja, dari zaman paleolitik sampailah ke zaman yang kita rasa moden dengan teknologi yang menjerat diri,
kita manusia masih punya rasa ego, rasa emo, rasa mahu dipuji, rasa mahu disanjung, rasa marah bila dikritik, rasa keji bila dicaci.

kita manusia. ya.

FINAL SOLUTION said...

ohooo.. apekah ini sebabnyer mencari Karya Nan Indah... tp yg erannyer.. dari bulan ker bulan hari kehari... x juge.. amik2 nyer.. aish~... daa~ sok pg abg balik dah... huuuu~