18.9.08

Amiruddin Fadzli | Santiago Munez

Aku berfikir panjang. Menenangkan diri. Memberi motiasi. Meniupkan semangat. Aku lakukan sendiri. Untuk diri sendiri.

Melihat perkhabaran mereka. Merenung kata mereka. Menyaksikan keseronokan mereka. Membuat aku sedikit rindu.

Aku rindu teramat. Walau aku sembunyikan. Tidak dapat dinafikan. Aku tidak mampu. Menipu diri sendiri.

Saat manis. Kenangan indah.
Bakat. Kredibiliti. Karisma.
Pendebat. Dunia Debat.

Aku merenung trofi. Memuhasabah diri. Mencari mekanisma kejadian. Bagaimana magis berlaku. Dan aku. Yang melakukan magis.

Kemarin. Aku tontoni filem
Goal 2: The Living Dream. Kisah pemain bola sepak, Santiago Munez. Berpindah dari Newcastle United ke Real Madrid. Permulaannya hanya pemain simpanan. Bakat menjulang namanya. Menghasilkan magis gol. Menjadikannya pemain utama. Kelamaannya berlaku konflik. Pujian yang meninggi. Perhatian yang meluas. Menyebabkannya tenggelam. Beberapa tempoh ketika. Dia bangkit kembali.

Itulah Santiago Munez.

Usai filem tersebut. Aku berfikir.
Aku dan Santiago Munez juga sama. Punya masa kegemilangan. Punya detik kejatuhan. Pernah di atas. Pernah di bawah. Pengakhirannya: dia bangkit kembali. Tapi aku? Hanya berdiam diri.

Aku kembali berfikir panjang.

Untuk tempoh ini. Sudahkah aku bersedia. Mahu kembali semula. Menghilangkan segala kerinduan. Kembali petah berbicara. Mahukah dunia debat menerimaku? Setelah aku berpaling darinya. Sedang aku pernah berjanji. Mahu terus setia bersama.

Aku ingat kata Tok Guru. Jika mahu kembali. Pintu senantiasa terbuka. Aku perlu cekalkan hati. Butakan mata. Kuatkan hati. Keraskan kepala. Tidak mahu peduli. Apa jua berlaku. Aku tidak mahu ambil peduli. Biar telinga mendengar. Agar kata-kata dikenalpasti. Biar otak berfikir. Supaya kata-kata diinterpretasi. Biar mulut berbicara. Moga kata-kata dituturi.

Aku mahu "COME BACK".

Menjadi
Amiruddin Fadzli. Aku akan menjadi aku. Kritikan yang diberi. Tidak mampu mengubah diri. Kerana aku hebat. Dengan menjadi diriku.

Nantikan aku kembali. Setelah pelajaranku diimbangi. Dengan izin Tuhan. Memohon harapan dipermudahkan.

p/s: Tok Guru. Terima kasih. Atas nasihat diberi. Atas telinga yang mendengar. Atas mata yang melihat. Atas otak yang memikirkan. Benar kata Tok Guru. Pengalaman guru terbaik kehidupan.

7 comments:

azwan bamadhaj said...

tiada siapa yang layak membuat keputusan berkaitan kehidupan kita melainkan kita sendiri....

Nyda Zamani said...

akak tetap setia menyokong kamu! walau apa jua keputusan kamu

Otit said...

analogikan debat sebagai kawan karib kau.
dia tidak akan pernah menghalang kau untuk pergi darinya.
tapi,dia akan berkata,"tidak mengapa,setelah letih mencari kepuasan di luar,saya akan terus di sini,menanti dia untuk kembali."

Dyat said...

macam best je filem Goal 2 tu...
nak copy bleh?

Anonymous said...

finally.good 2 know u r making a come back.

Sengal Ubi said...

to abang wan:

manusia perlu masa untuk memilih.

to sis nyda:

thanks sis!

Sengal Ubi said...

to tito:

i hope so. apparently i've lost faith in the so called sahabat karib.

to bro dayat:

ana extract dari laptop housemate ana. nak datang sini. tak pun minta syahrul send dkt bro dayat.

to daoz:

i hope didn't make the wrong choice.