19.4.09

Ulasan: Teater Orang Kasar

Kebiasaannya apabila menerima jemputan menonton mana-mana pementasan teater, aku akan membayangkan jalan cerita berdasarkan judul pementasan teater tersebut.

Aku membayangkan cerita 'Orang Kasar' sebagai cerita yang sarat dengan pengajaran, mungkin ada perkaitan dengan keadaan politik semasa, atau mungkin sikap masyarakat yang semakin membelakangi adat resam, itu yang aku bayangkan.

Namun, bayangan aku ternyata meleset setelah menerima 'brochure' dari Kelab Teater Pujangga di Taman Budaya Negeri Pahang. Ini bukan teater yang aku bayangkan hebat, yang memberi seribu satu jawapan kenapa hati aku mendesak mahu menyaksikan pementasan teater ini.

Memandangkan malam tadi adalah malam pertama aku bergelar seorang dewasa setelah berusia 21 tahun, aku optimiskan diri aku untuk terus menyaksikan pementasan teater tersebut. Aku jangkakan teater tersebut akan habis awal kerana aku mahu melencong ke Big Apple Doughnut and Coffee, teman-teman ada mengirim sesuatu, namum tidak kesampaian.

Bermulalah analisa aku terhadap pementasan teater tersebut ketika jarum di jam tangan aku menunjukkan tepat jam 8.30 malam, namun pementasan masih juga belum bermula.

Kehadiran penonton melebihi tiga per empat panggung dan tidak mencapai full house, dan aku melihat kelibat A.K Hidayat dan Along, aku hanya bersalaman dengan mereka, malas mahu berbicara panjang kerana aku yang akan mendengar bicara tersebut, bukan aku yang berbicara.

Kini, aku hurai satu per satu komentar aku terhadap teater Orang Kasar yang dipersembahkan oleh Kelab Teater Pujangga. Aku hanya memberi pandangan yang kurang, supaya kita sama-sama boleh membaiki yang kurang. Yang lebih, aku rasa mereka telah maklum mendengar, dan aku kurangkan bahagian itu.

1. Disiplin Pentas

Krew produksi pementasan ini tidak menepati disiplin pentas. Sebaik sahaja panggung dibuka, masih terlihat kelibat krew produksi masuk keluar belakang pentas di kiri dan kanan tirai depan. Sepatutnya pentas dibiarkan kosong tanpa ada sebarang pergerakkan keluar masuk melalui laluan pentas. Disiplin krew produksi sangat teruk menyebabkan aku merasa terganggu untuk terus menunggu masa pementasan.

Aku lihat:

Amatur atau profesional, disiplin itu perkara asas. Jika yang asas disanggah, mana mungkin ada yang lanjutan. Yang remeh pada mata anda, mungkin menjadi berat pada mata penonton.

2. Disiplin Masa

Permentasan tertunda selama 30 minit. Jika mahu memulakan pementasan pada pukul 9.00 malam, sebaiknya maklumkan sahaja kepada penonton perkara tersebut. Jangan menggunakan taktik beritahu masa awal tetapi bermula lambat untuk memenuhkan panggung. Bukan semua penonton yang hadir awal mahu terus menunggu sebegitu lama. Masa tidak menunggu sesiapa kerana ini bukan festival teater yang memerlukan krew produksi menantikan kehadiran juri. Hargai penonton anda yang datang awal walaupun mereka itu anda tidak kenal dan anda merasakan tidak perlu untuk bertegur sapa. Aku merasa tidak dihargai, tapi tidak mengapa kerana aku bukan siapa-siapa.

Aku lihat:

Teater menuntut kita supaya berdisiplin. Kalau terzahir di atas kertas 8.30 malam, maka 8.30 malam kita bermula. Kalau mahu berstrategi sekalipun, buatlah strategi yang bijak supaya yang datang menonton awal rasa dihargai, yang datang menonton lambat rasa kerugian. Bukan semua penonton adalah kenalan anda dan anda harus belajar menghargai mereka. Mereka adalah klien anda yang utama.

3. Tentatif Pementasan

Pementasan bermula dengan ucapan dari ahli jawatankuasa Majlis Teater Negeri Pahang dan bacaan sajak oleh anak kepada salah seorang ahli jawatankuasa Majlis Teater Negeri Pahang. Aku kira memberi kredit melalui ucapan pengerusi majlis atau di dalam 'brochure' sudah mencukupi, tidak perlu sehingga memberi ucapan dan mendeklamasikan sajak yang tidak ada kena mengena dengan pementasan. Kalau mahu bermain politik dengan Majlis Teater Negeri Pahang sekalipun, mainlah dengan bijak. Aku merasakan masa terbazir mendengar ucapan yang klise, terima kasih kepada ini, tahniah kepada ini. Mod menonton telah terpotong di situ dan tidak menghasilkan dinamik persembahan.

Aku lihat:

Ini adalah pementasan biasa, aku kira tidak perlu semua itu. Mahu mengambil hati sekalipun orang atasan, jangan menindas yang bawah dengan gimik-gimik sebegitu, melainkan gimik tersebut mampu memberi impak dramatik kepada penonton. Anda harus memahami kehendak penonton, bukan memahami kehendak orang atasan.

4. Binaan Set

Binaan set tidak cukup gah dan tidak cukup mewah untuk melambangkan seorang kaya yang memiliki beberapa buah ladang getah. Set juga tidak menjangkau tiga dimensi bagi menimbulkan kepuasan tontonan kepada penonton. Potrait, dinding dan sofa tidak melambangkan kemewahan kerana potrait sedikit kebudak-budakan tanpa berbingkai mewah. Sofa dilitup dengan kain-kain biasa yang tidak kelihatan mewah dan dinding hanya berkertaskan bunga-bunga biasa yang memang tidak kelihatan mewah.

Aku lihat:

Untuk nampak mewah, tidak perlu berbelanja besar, tapi memerlukan kerahan kreativiti dan inovatif tahap kritikal krew set, props dan hiasan. Pemilihan gambar, dinding dan set haruslah tepat kerana elemen-elemen ini memberi pandangan pertama kepada audiens untuk menonton pementasan teater tersebut. Set tidak perlu terlalu kompleks pada penglihataan aku, cukup untuk menggambarkan cerita dan digunakan secara optimum oleh pelakon. Banyak lagi membuat kajian untuk set-set ruang tamu dan bahagian dalam rumah.

6. Teknikal

Tiada apa yang boleh dikatakan mengenai teknikal kerana 90% daripada pementasan menggunkan 'setting' lampu yang sama dan tidak berubah. Namun aku suka ketajaman teknikal ketika pentas digelapkan dan 'spotlight' menghala ke Puan dan Mubin. Sangat tajam dan kemas. Tahniah! Tetapi teknikal yang mendatar tidak memberi mod yang baik kepada audiens. Begitu juga dengan ketiadaan kesan khas. Pementasan nampak kosong dan tidak menarik.

Aku lihat:

Kredit pertama aku beri kepada krew produksi. Namun, ketika muzik dimainkan, ada kalanya terlalu kuat dan tidak tajam. Kaji lebih mendalam perkara tersebut, terutamanya bahagian muzik supaya 'on' dan 'off' muzik nampak tajam dan kemas. Kesan khas juga boleh diperbanyakkan ketika Mubin masuk ke dalam rumah dan ketika Puan memanggil kucing untuk memberi makan supaya adegan tersebut nampak hidup semasa pementasan. Mungkin krew produksi boleh mengkaji lagi bagaimana untuk melebihkan penggunaan teknikal bagi setting ruang tamu supaya membantu set nampak gah dan mewah. Mungkin bantuan lampu tambahan untuk set ruang tamu atas pentas.

7. Busana

Pemilihan busana yang kurang tepat bagi Junaidi. Anda harus membezakan busana bagi pelayan bar dan orang gaji. Aku meletakkan watak Junaidi berdasarkan tafsiran kepada busana sebagai pelayan bar kepada Puan, dengan kain lap diletakkan di bahu untuk mengelap cawan. Busana Puan dan Mubin, aku tiada masalah. Cuma kasut tumit Puan sangat mengganggu pendengaran aku sepanjang pementasan ketika Puan bergerak. Begitu juga Mubin. Oh ya, selendang Puan juga aku lihat membuatkannya begitu tidak selesa, dan dengan pakaian yang sebegitu mewah dan muka yang berseri tersolek walaupun sedang kemurungan, aku letakkan Puan sebagai balu berhias, walaupun dalam rumah sendiri.

Aku lihat:

Krew produksi seharusnya mengkaji lantai pentas sebelum membuat pemilihan kasut. Dan perbanyakkan kajian tentang pemakaian wanita yang kemurungan dalam rumah. Dari segi tatarias aku lihat perkara tersebut masih perlu dikaji dengan mendalam.

8. Lakonan

Ada tiga watak dalam pementasan ini. Puan, Mubin dan Junaidi. Sebagai percubaan pertama, mereka menunjukkan persembahan yang biasa. Namun, mereka harus mendalami lagi setiap watak yang didukung. Pelakon harus menjaga 'attitude' di atas pentas bersesuaian dengan watak dan perwatakkan mereka. Lontaran vokal harus jelas dan kuat, tetapi tidak perlu meninggikan suara dan menjerit. Intonasi harus dipelbagaikan supaya lakonan tidak mendatar. Profil di atas pentas harus dijaga supaya tidak 'blocking'. Pergerakkan pelakon atas pentas terutamanya watak Puan dan Mubin harus dikurangkan dan bergerak hanya perlu supaya tidak mengganggu penonton dengan pergerakkan yang terlalu banyak. Lebihkan bermain dengan set, props dan hiasan dan kaji dengan lebih mendalam profil setiap pelakon atas pentas. Ekspresi muka harus bersesuaian dengan watak supaya lakonan tidak kaku.

Aku lihat:

Puan digambar sebagai seorang wanita kaya yang kemurungan berduka selama setahun akibat kematian suami, namun di atas, aku tidak sekalipun melihat ekspresi tersebut. Aku melihat Puan sebagai seorang wanita muda yang angkuh dan sombong. Intonasi yang mendatar dan ekspresi muka yang minima menjadikan watak Puan watak yang kaku. Pertukaran emosi dari marah kepada sayang di akhir cerita juga tidak tajam. Puan harus mendalami lagi emosi, perasaan, ekspresi muka dan gerak tubuh wanita yang kemurungan. Garapan yang tidak kemas menjadikan watak Puan membosankan.

Mubin melontarkan suara dengan baik dan jelas, namun intonasi yang mendatar dan emosi yang statik menjadikan watak tersebut stereotaip. Tidak perlu meninggikan suara pada semua ayat yang dilafazkan, cukup sekadar menggambarkan emosi ketika mengucapkan ayat tersebut. Pelbagaikan pembawaan watak supaya wujud dinamik dalam lakonan. Perwatakkan kasar Mubin tidak sampai kepada aku. Perlu lebih banyak bermain dengan perwatakkan tersebut. Kasar itu universal, bergantung kepada kreativiti kau untuk menyampaikannya kepada penonton. Kajian yang mendalam terhadap lelaki kasar juga perlu untuk Mubin.

Junaidi sebagai orang gaji yang tertekan tidak langsung kelihatan tertekan. Aku melihat Junaidi sebagai pelayan bar yang rimas melayani kerenah Puan dan Mubin. Apa yang Junaidi tertekan, aku tidak nampak perkara tersebut. Junaidi juga perlu lebih banyak bermain dengan set, props dan hiasan supaya wataknya sebagai orang gaji lebih optimum. Junaidi juga harus menjaga 'attitude' dengan Puan supaya perhubungan watak antara pekerja dan majikan kelihatan di mata penonton. Ekspresi muka Junaidi juga harus dijaga supaya tidak nampak bosan dan kaku. Perbanyakkan kajian tentang watak orang gaji lelaki.

9. Sinopsis

Sinopsis yang dibaca terlalu panjang dan menyeluruh menyebabkan aku boleh mengagak apa kesudahan cerita tersebut.

Aku lihat:

Sinopsis boleh diringkaskan dan diterjemahkan dengan daya penarik supaya penonton mahu menonton pementasan tersebut.

10. 'House Light'

'House light' lambat dimatikan dan membunuh mod menonton aku pada awal pementasan.

Aku lihat:

Mungkin nampak remeh. Tapi teater penuh dengan perkara remeh yang memberi implikasi kepada penonton. Krew produksi sepatutnya mematikan 'house light' yang statik dan menghidupkan 'house light' boleh laras untuk permulaan pementasan yang memerlukan penungguan yang lama itu, barulah teknikal secara keseluruhan nampak kemas dan tajam.

Rating:

Aku beri 2/10. 1 untuk teknikal dan 1 lagi untuk usaha yang memberansangkan pada percubaan pertama. Selebihnya aku tidak beri kerana aku lihat pada 'output' yang biasa, walaupun aku dengar-dengar cerita, hampir dua bulan mereka berlatih. Lama sungguh!

Sekian aku punya ulasan. Ini baru aku yang ulas, belum lagi Farani Mustafa atau Pegawai Khalwat. Andai krew produksi teater Orang Kasar membaca blog ini dan merasa tidak puas hati, tidak mengapa. Aku hanya memberi pandangan atas pengamatan dan pengalaman aku sendiri. Tahniah atas pementasan teater sulung anda dan selamat maju jaya untuk pementasan teater yang seterusnya.

Ulasan tentang teater di negeri Pahang:

Aku mendapati kebanyakkan aktivis teater di negeri Pahang gemar mementaskan suatu naskah yang gah pada nama tetapi biasa pada 'output', dan naskah-naskah ini kesemuanya dipentaskan secara jenaka yang boleh aku labelkan jenaka bodoh orang Malaysia dengan alasan itu kehendak penonton di negeri Pahang. Mentaliti ini harus diubah kerana teater itu juga perlambangan kepada realism dan dunia tidaklah sejenaka yang dilambangkan. Teater di negeri Pahang memerlukan satu anjakan paradigma supaya minda aktivis teater dan penonton lebih terbuka dan tidak tertumpu kepada 'humor' semata-mata. Ibarat menonton filem Razak Mohaideen dan Afdlin Shauki, aku kira anda tahu yang mana bodoh dan yang mana bijak, walau kedua-duanya berunsurkan jenaka. Sama-sama kita fikirkan.

Aku? Sudah tentu aku memilih Afdlin Shauki. Jenakanya bijak, sarat dengan pengajaran.

Aku ialah aktivis teater muda, sama seperti kamu. Cuma beza kau dan aku ialah fikiran kita dan penilaian kita terhadap teater. Selebihnya, kita adalah sama.

7 comments:

Scarlett Syidek said...

hoho..
betol2,,
rani ade ckp kat makngah semalam,
kiter sume kene betolkan pemikiran orang pahang ni,
teater bukan lawak bodoh..
sebab tu lah,
teater memanusiakan manusia..

takkan diorang tak penah tgk teater laen kat KL ker, or kat mane2 sekalipown..
yang pementasan diorang gah segah tajuk pementasan..

hehe..laen kali,
kalo de pementasan kat taman budaye,
x jemu nak pegi tengok,
nk cari mane satu naskhah yang boleh mencapai "2 thumbsup"..
hehe..

Sengal Ubi said...

bukan kita je mak ngah, semua aktivis teater dekat pahang pun kena buat macam tu, tapi kena ada orang yang mulakan dulu.

senandika barangkali?

Farani Mustafa said...

-------------------------------------

My advice:

If your not entertained by the first 10 minutes, find your car keys and go home.

-------------------------------------

2 months of preparation for shit? That's brilliant. How thoughtful of 'em.

Sengal Ubi said...

that's what they said, i overheard them. hahaha~

Sengal Ubi said...

rani, we used to be s**t like them before. it's just that we are fortunate to have transformed and evolved. it took us less than three years to do that. i woauld say, let's give them time.

Pegawai Khalwat said...

Selamat datang ke dunia teater yang sebenar.

Inilah yang aku katakan teater itu komunikasi. Kita kena ingat siapa audien kita.

Terlalu memanja dan menyuap audien, tak boleh juga.

Terlalu memandang tinggi tahap keintelektualan audien, pun tak boleh juga.

Bila dah jadi aktivis, maka hang akan faham hal ni. Moga kerabat Senandika pun faham.

Aku bergelumang dengan aktivis yang pelbagai lapisan pendidikan dan pemikiran. Dan sedikit sebanyak aku kena terima apa yang patut, tapi pada masa yang sama terapkan apa yang patut.

Panjang cerita bab ni. Kalau kami ada kesempatan ke Pahang, kita bercerita.

'Manusia Raja' barangkali? Naskhah ini memang dibuat untuk mobiliti.

Sengal Ubi said...

pegawai khalwat, aku masih ingat ajaran pegawai khalwat. aku pun sedang mengeksperimentasi ajaran pegawai khalwat. doakan aku berjaya!