Terdengar suara membentak
Menidakkan perasaan di hati
Terdorong kakiku melangkah ke hadapan
Mengintai suara itu.
Terlihat olehku
Dia yang berwajahkan Adam
Suaranya besar
Hatinya batu
Sayang, nalurinya tak mampu dilentur lagi.
Satu suara lembut kedengaran
Dia yang juga berwajahkan Adam
Namun cahayanya berbeza
Terang dan tenang
Tersenyum walau dalam gundah.
Dia kuperhatikan
Berbezakah dia dengan Adam pertama
Mungkinkah segalanya sekadar lakonan
Mengumpan hati Hawaku.
Aku, Si Pari-pari kecil yang kehilangan sayap
Masih mahu terbang
Walau mungkin tidak tinggi
Akan kugagahi sayap yang satu.
Persetankan suara yang mengganggu
Telah ku lontar jauh suara garau itu
Andai ada suara yang menyapa
Yang mampu menerbitkan rasa tenang di jiwa
Tanganku terbuka luas menyambutnya
Namun, tak sekali curiga itu kutinggalkan.
Bukan aku tulis tapi Diliana tulis, 9 September 2010.
Selamat Hari Raya.
Menidakkan perasaan di hati
Terdorong kakiku melangkah ke hadapan
Mengintai suara itu.
Terlihat olehku
Dia yang berwajahkan Adam
Suaranya besar
Hatinya batu
Sayang, nalurinya tak mampu dilentur lagi.
Satu suara lembut kedengaran
Dia yang juga berwajahkan Adam
Namun cahayanya berbeza
Terang dan tenang
Tersenyum walau dalam gundah.
Dia kuperhatikan
Berbezakah dia dengan Adam pertama
Mungkinkah segalanya sekadar lakonan
Mengumpan hati Hawaku.
Aku, Si Pari-pari kecil yang kehilangan sayap
Masih mahu terbang
Walau mungkin tidak tinggi
Akan kugagahi sayap yang satu.
Persetankan suara yang mengganggu
Telah ku lontar jauh suara garau itu
Andai ada suara yang menyapa
Yang mampu menerbitkan rasa tenang di jiwa
Tanganku terbuka luas menyambutnya
Namun, tak sekali curiga itu kutinggalkan.
Bukan aku tulis tapi Diliana tulis, 9 September 2010.
Selamat Hari Raya.
2 comments:
salam. hai amir adikku homeroomeku yang baik hati :)
tadi baca balik comment lama2 dekat my previous blog post. stumbled upon yours. honestly, sangat terharu dengan kata2 semangat kau bagi :') thanks amir! i never stop writing songs. tak tahu lah, tu je teman penghibur di kala sunyi (HAHA). tapi aku dah letakkan semuanya bawah satu bumbung. tak akan post dekat blog dah. that's why youtube is for right?haha.
aku bace cerita pasal kerepek kau tulis dekat fb tu, sedih sangat! u have talent to write. go for it!
xoxo,
kakak homeroom mu :)
Post a Comment