1.5.08

MISI... Terbaik Untuk Anda




poster yang direka oleh jannah dan ida. ok la tu (ayat saida)


sebelum aku cerita pasal pementasan teater MISI dekat UMP, aku kira elok kita fahami apa MISI yang cuba dibawa oleh penulisnya, faisal tehrani.

abang FT, bukan sengaja saya "copy paste" penulisan abang dalam blog tanpa izin, tapi saya rasa penyampaian idea dari tulisan abang sendiri lebih afdal. maka, saya "copy paste" saja kata-kata abang dalam blog, moga dihalalkan.


MISI adalah sebuah karya wacana. Itu latar pertama yang harus difahami pengamal pentas. Ia adalah drama makhal shakti, drama tuntutan reformasi, drama orang kecil, drama para buruh, drama para hamba, drama orang tertindas (mustadhafin), drama di mana saya hamun maki penguasa, kapitalis, politikus korup, media dan siapa sahaja yang boleh dimaki. Aduh, maaflah kalau ada yang bingit telinga dengan kata-kata maki. Drama ini saya tulis ketika era 1997-1999. Saya berdarah muda waktu itu. Sekarang sudah tenang sedikit geloranya.

Kerana itu siapa yang gagal memahami latar ini akan gagal memahami MISI. Selalunya pengamal teater yang mahu mementaskan MISI, andai santun datang menemui saya, mereka akan mendapat tips tentang drama wacana ini.

Bagaimana menghayati Azman yang mengaku dirinya lambang sang reformis tetapi akhirnya menjadi ekstrimis yang membunuh Engku Daffa. Bagaimana sebenarnya Engku Daffa itu adalah lambang politikus korup, pragmatik, yang di Indonesia cakap lain dan bila ke seminar di Australia nanti cakap lain. Yang manipulatif dan mengkudakan Subra (kaum India yang terkapai-kapai), Mary (kumpulan liberalis dan Kristian yang semakin bangkit), Karl (kaum buruh dan sosialis) dan Azman yang sebetulnya adalah fundamentalis Islam yang kena tipu hidup-hidup dek keangkuhan Engku Daffa. Walaupun lumpuh dan tidak dapat beraksi aktif, Engku Daffa ini memainkan semua partikel tadi untuk kepentingan kuasanya. Yang paling kena tunggang adalah Azman (simbol fundamentalis) yang kadang-kadang disuruh jadi itik, kadang-kadang disuruh jadi anjing. Sungguh jijik, Azman sang fundamentalis merelakan dirinya jadi anjing.

Begitu MISI harus dibaca, ditafsirkan, dihayati, lantas dipentaskan. Saya tidak pernah menjangkakan tahun 2008, senario politik akan jadi begini meski sudah meramalnya dengan MISI. Saya menulisnya 10 tahun lalu. Dan MISI sekarang bangkit semula di universiti. Tetapi sayang MISI tak ditafsir dengan baik. Kalaulah mereka panggil saya untuk menjelaskan siapa Azman, siapa Engku Daffa.

MISI adalah sebuah drama yang bergantung sepenuhnya kepada kekuatan bahasa, dan lakonan. Saya kira gandingan Khir Rahman-Rosdeen Suboh (kami mementaskan hampir di seluruh Malaysia), atau Hilmi-Maizul (mereka membawanya ke Istana Budaya) adalah gandingan yang terbaik kerana mereka mengupas, memahami, menafsir dan memberi idea baru untuk membawa teks tersebut di atas pentas. Kebetulan pelakon-pelakonnya luar biasa kematangan politik mereka. Justeru MISI menjadi lucu setiap saat. Meskipun penuh wacana, MISI di tangan mereka menjadi gelak ketawa. Dan menjadi komedi hitam yang sangat menusuk. Ketika saya menulisnya, saya hampir-hampir mengharap ia menjadi komedi hitam seperti The Accidental Death of An Anarchist karya Dario Fo.

Begitulah, kalau MISI mendapat pelakon yang tidak bermaya, ignorant, kurang mahir politik semasa, dan tiada kekuatan untuk melakukan transformasi - MISI akan jadi lesu, kering dan hanya kelihatan sebuah drama yang penuh dengan himpunan gunjingan, maki hamun, dan kata carut.

-Faisal Tehrani, 13 April 2008

apasal kau hitam sangat? aku dah tiga kali berlakon,
tak hitam pun... salahkah aku berwarna hitam?


MISI di tangan norasyikin julis dan mohd taufiq kamarul azmi diolah bersesuaian dengan situasi di UMP. maka aku sebagai pengolah skrip asal karya faisal tehrani terpaksa membuang beberapa babak dan memendekkan skrip tanpa menambah apapun yang baru. ikutkan hati, mahu saja aku ikut skrip asal tapi memikirkan keadaan UMP sebegini, maka aku olah supaya mesejnya nampak dengan jelas. tak mahu pula mereka yang menonton kurang faham dengan skrip asal dan menganggap skrip ini penuh dengan makian dan cacian semata.

hampir sebulan krew produksi bekerja menghidupkan pementasan ini. masalah di belakang tabir aku tak akan sentuh. sekadar melihat apa yang mereka usahakan, aku boleh katakan aku berbangga dengan mereka. skrip yang panjang kami ringkaskan, astaka yang tidak berlampu, kami lampukan. kami lakukan semua ni tanpa sebarang bajet.

maka 9 april 2008 mencatatkan satu lagi sejarah di UMP. buat julung kalinya, kumpulan drama dan teater senandika UMP mempertaruhkan pementasan teaternya yang pertama iaitu MISI. rata audiens yang hadir ialah pelajar yang mengambil subjek critical thinking through literature bersama madam normala samsudin. untuk lihat sejauh mana pelajar UMP memahami teater, maka mereka adalah pertaruhan terbaik. ada juga pelajar lain yang datang. Alhamdulillah, teater ini mendapat sambutan yang sangat membanggakan.

budak senandika pantang nak camera betul

membariskan aku sendiri, amiruddin fadzli sebagai engku daffa dan nor azam sebagai azman, komen yang diberi oleh audiens terhadap lakonan kami positif. lakonan kami nampak benar, tidak dibuat-buat, penghayatan sampai kepada audiens. aku membuat audiens benci kepadaku dan azam membuat audiens simpati kepadanya. Insyaallah, aku akan pamerkan komentar mereka setelah tamat final exam nanti.

buat pengurus pentas: raja azean, krew teknikal: nurul dan azlan, krew busana: fazidatun, krew props: fathiyah dan faliq, krew publisiti: jannah dan ida, pelakon: nor azam dan pengarah: kak syikin dan taufiq, tahniah kepada berjaya mementaskan sesuatu yang pernah dikatakan mustahil oleh seorang senior senandika di panggung bandaraya. kita telah melakukan satu misi dengan misi yang dianggap mustahil. tahniah kepada anda!

kepada semua warga senandika, terima kasih atas sokongan anda. buat kelab kebudayaan dan kesenian UMP diwakili oleh presidennya abang azril, terima kasih atas kepercayaan anda. buat audiens yang datang, terima kasih kerana menonton.

nantikan kemunculan MISI extended, semester yang akan datang. InsyaAllah jika ada kesempatan dan peluang untuk teater terus bernafas di UMP.

MISI... terbaik untuk anda!

10 comments:

jumapx said...

misi terbaik utk anda...

ehmm...tahniah la coz berjaya mementaskan teater pertama di UMP...

dan sowie coz aq xdpt nak bersaman korg....mungkin agak keterlaluan tp aq ada pendirian sendiri....

tahniah skali lagi....

propa~

Sengal Ubi said...

takpelah...

bnda yg dh jd jumain...

thanks atas ucapan ikhlas... insyaAllah, all the best final exam =]

Fenrisar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lily Cartina said...

eyh amir,
u have a new blog?
hurmhurm

nyda said...

All da best utk MISI extended
akak dah tak de utk tgk persembahan tu..sob3
wish u and all MISI's members..ALL Da BEST!!!

Sengal Ubi said...

ala kak nyda...
jgn la ckp mcm tu...
sedey dgr...
insyaAllah...
ada rezeki aku blh dtg tgk...

hehehe =]

Sengal Ubi said...

eh sorry...
salah typing...

"ada rezeki akak blh dtg tgk..."

hehehe
sowi...

=]

nyda said...

hehe..
insyaAllah
hope so~

SpiderZMeN said...

aku seorang pembunuh...muahahahaha

amer sholihin said...

Bro.. skrip misi tu still ada lgi x?