7.5.08

Badi Pendebat | Debater's Curse

Karya ini diilhamkan semasa melihat trofi "Pendebat Muda Terbaik Keseluruhan Pertandingan Debat Diraja Antara Universiti Awam 2007". Jika merasa menyampah, jelik dan benci, jangan baca. Perasaan negatif yang akan menyelubungi anda selepas selesai membaca entry ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

Nak dihitungkan baru satu semester sebenarnya aku berkecimpung dalam dunia debat. Mengikut sejarah, aku orang terakhir yang menyertai Kelab Orator untuk pemilihan ke Debat Diraja 2007. Itupun selepas berkali-kali diajak oleh Hafizee, teman lakonan dan teman debat. Sebelumnya, aku hanya terlibat dalam lakonan dan nasyid. Aku tak terlintas nak menyertai debat di universiti sebab aku pernah bergelar pendebat di sekolah walaupun dalam bahasa Inggeris. Asas debat aku dari debat bahasa Inggeris. Hanya di Program Latihan Khidmat Negara, aku disuruh mewakili Kompeni Delta dalam Pertandingan Debat Antara Kompeni dan berdebat dalam bahasa Melayu. Itu kali pertama aku berdebat dalam bahasa Melayu dan dinobatkan pendebat terbaik keseluruhan pertandingan.

Sejarah yang sama berulang. Di universiti, aku dipilih mewakili universiti dalam Debat Diraja 2007, pertandingan debat bahasa Melayu pertama peringkat universiti. Pengalaman semasa Debat Diraja 2007 akan aku coretkan lain hari. Cuma yang menjadi manis ketika menduduki tangga keempat pendebat terbaik pertandingan dan tangga pertama pendebat muda terbaik pertandingan, sekali gus meletakkan aku sebagai pendebat muda terbaik keseluruhan pertandingan.

Bila berada di atas, tak semestinya kita kekal berada di atas. Selepas Debat Diraja 2007, pertandingan debat yang lain seperti Debat Perpaduan 2007, Debat Astar 2008 dan Debat Naib Canselor 2008 tidak meletakkan aku pada kedudukan yang tinggi. Sedar juga prestasi semakin merosot dan persembahan semakin hambar. Situasi ini seakan-akan meletakkan badi pendebat kepada aku. Teringat juga kata-kata seorang abang senior kepada aku:

"Di AIM, yang dapat anugerah Artis Baru Terbaik selalu terkena badi anugerah. Lepas naik sekejap, lama-lama turun balik. Akhirnya, hilang terus..."

Mungkin orang ingat aku merasakan diri aku sudah bagus, mendapat pengiktirafan sebegitu. Teringat kata-kata orang lama terhadap diri aku yang berkata pelbagai tentang peribadi aku. Prinsip aku dari dulu tentang kata-kata orang tetap sama. Tak ambil kisah dan tak ambil peduli. Ego aku memang tinggi. Kalau aku fikir apa yang aku lakukan betul, aku akan terus berpegang dengan pendirian aku. Aku penat dengan kata-kata belakang yang orang lemparkan. Aku sakit dengan orang yang sibuk dengan perihal diri aku. Aku penat dengan orang yang menipu berkata apa yang mereka kata tentang diri aku.

Kalau anugerah itu yang mereka kejarkan, ambillah. Aku rela memberi daripada terus menyimpan tanpa makna. Kalau gelaran itu yang mereka idamkan, ambillah. Aku rela memberi daripada terus menyimpan tanpa kegembiraan. Aku ingin menjadi pendebat biasa yang mahu belajar perihal debat hingga tamat pengajian di universiti. Aku bukan istimewa, aku bukannya handal, aku bukannya hebat, aku bukannya bagus. Aku hanya si kecil yang baru merangkak, belum boleh berjalan. Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi pada aku, jangan mengharap apa-apa daripada aku.

Aku rindukan Tok Guru yang dari dulu mengajar aku. Aku rindukan kata-kata peransang, ayat-ayat nasihat, aksara-aksara bimbingan Tok Guru. Hanya Tok Guru yang memahami aku. Baik buruk aku dalam debat, hanya Tok Guru yang boleh terima. Aku rindukan pengajaran debat Tok Guru. Cara Tok Guru membimbing aku dalam debat tak sama dengan didikan Dewa Debat kepada anak muridnya. Tok Guru membiarkan aku membuat keputusan sendiri, tindakan sendiri, cara sendiri. Kalau betul Tok Guru katakan betul. Kalau salah, Tok Guru betulkan dan tunjukkan yang betul. Tok Guru, aku amat memerlukan Tok Guru. Berikanlah aku semangat, berikan aku bimbingan, berikan aku tunjuk ajar, berikan aku petunjuk yang pernah Tok Guru berikan kepada aku dulu. Aku benar-benar rindukan Tok Guru sebab aku sayangkan Tok Guru. Sebab adanya Tok Guru, aku tak mahu berguru dengan Dewa Debat. Bukannya aku membenci Dewa Debat seperti yang dinyatakan oleh beberapa pihak, cuma aku kurang berminat dengan sikap Dewa Debat yang terlalu agung, terlalu dewa dan terlalu lagenda. Tok Guru pilihan aku kerana Tok Guru yang terbaik, dan boleh mengeluarkan yang terbaik dalam aku.

Semoga badi pendebat ini akan cepat berakhir. Ingin kembali ke keadaan permulaan debat seperti dulu. Rindukan masa-masa indah bersama pendebat yang lain. Ingat... apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.

2 comments:

ALI XY said...

heheh... rupe-rupenya istilah dewa debat, digunakan di Universiti lain jg... Ingatkan hanya UMT je yg guna istilah tu... Semasa sy tahun satu, Dewa2 debat UMT yg ambik semua pertandingan debat... Kami tidak diajar sebaik mungkin...

Namun kini, dewa-dewa debat itu sudah pergi, yang tinggal hanya Timbalan Dewa debat dan konco-konconya saja...

Tiada Dewa debat baru di UMT.

Cuma kini "in progress" menghasilkan dewa debat baru...

Gud Luck Masa Pertandingan Debat nanti, rampas kembali anugerah pendebat terbaik... Cayo2..

Sengal Ubi said...

hehehe...

ali, kau pun nanti dewa debat juga... insyaAllah, doakan badi debat aku dibuang jauh-jauh...

hehehe =]