2.9.08

Anda Kuat?


JANGAN BACA JIKA DIRI TAK SEKUAT YANG DISANGKA.

Hari kedua Ramadhan. Jiwa tenang.

Hati?

Parah.

Berkali kata-kata itu diungkapkan. Tiap kali aku mendengarnya, tiap kali aku disentak dengan keegoan sendiri.

"Kau ada bakat... Jangan dibazirkan"

Aku iyakan.

Bakat? Memang ada padaku. Tidak aku nafikan. Aku buktikan pada mereka. Pada pertama kali, aku peroleh sesuatu. Yang jarang sekali diterima. Pada insan lain? Mungkin tidak akan berulang. Mungkin juga ya. Tapi bukan dalam masa terdekat.

Dalam benak hati, aku fikirkan.

Tun Mahathir keluar UMNO, tidak adakah sayangnya lagi?

Aku tahu Tun sayangkan UMNO. Aku lihat perjuangannya. Itu aspirasiku. Aku tahu letak duduk UMNO pada Tun. Pengakhirannya, dia meninggalkan UMNO. Apa perlunya?

Aku amati isi hatinya. Aku tahu Tun punya sebab.

Tun mahukan yang terbaik. Untuk UMNO. Bagi Tun, andai berundur jadi penyelesaian, berundurlah dia. Andai diperlukan kembali, pujuklah ia. Pasti punya sebab dia berundur. Mengapa tidak difikirkan?

Dan Tun berundur bukan selamanya. Andai UMNO pulih kembali, kembalilah ia kepada UMNO. Selagi UMNO seperti itu, terpisah jasad ia dan UMNO.

Aku bagaimana?

Aku sehaluan dengan Tun.

Bagi aku, apa yang diperjuangkan sudah tidak seperti dulu. Matlamat mungkin sama. Tapi cara?

Ketepikan soal cara.

Kepimpinan? Juga jadi penyebab. Aku tidak pernah dihargai walau punya bakat. Mereka hanya mahu lihat kedudukan. Mereka suka kedudukan tinggi, mereka lupakan bawahan.

Andai dihukum aku bersalah. Maka salahkan aku. Kerana aku terlalu bodoh mengikut perasaan. Fikiran mereka, aku kerugian. Fikiran aku, mereka kerugian.

Aku telah nikmat dengan segenggam piala dan sejumlah wang. Itu titik peluhku yang kotor. Tapi aku telah puas. Aku tidak rugi. Aku hanyalah kurap. Jijik dipandang orang. Disentuh apatah lagi.

Aku menanti Khalifah, untuk memulih cara. Untuk menyuntik nafas lama pada perjuangan. Aku mahu Khalifah bertakhta. Aku percaya pada Khalifah. Pada pengalaman dan pimpinannya.

Andai Khalifah mengetuai, nescaya aku akan kembali semula.

Tapi andai Arjuna mengepalai. Perjuangan tamat di sini. Ini titik noktah. Arjuna tidak mampu menjadi penyelamat dengan tutanya. Arjuna terpaksa memulakan semula, sejak permulaan.

8 comments:

Daoz said...

mungkin dah byk kali amir dgr tp tetap nk smpaikn juga.syg bakat tu kalu disiakan.tp btul jga,bla mnyentuh soal hati ni,pyah kan.trpulang pd amir,amir lbh tahu.

nyda said...

alo comelnye daoz bg nasihat
ehehe~
tapi ade btolnye ape yg dikata~

nota.kematian said...

tiba tiba rasa si daoz tu macam matang laa sikit.
bila tiba ramadhan ini orang punbleh jadi pelik pelik...
adeih...

azwan bamadhaj said...

semua manusia adalah khalifah.....

Sengal Ubi said...

to daoz:

insyaAllah, akan difikirkan. terima kasih atas nasihat dan perhatian pada diri ini.

to sis nyda:

thanks for being a great supporter. love you sis!

to nota kematian:

tiada apa yang pelik. yang pelik kalau ada orang buang tabiat letak resipi kek sarang semut dalam blog. motif?

to abang wan:

"hati... pujuklah perasaan. jauhi segala keraguan..."

FINAL SOLUTION said...

huurrmmmm... (berfikir)

nota.kematian said...

lorrr
apa pula,
betul lah.
lepas puasa kan raya
haruslah gigih post resepi resepi.
nanti balik rumah lagi lagi banyak resepi akak postkan hokey?
hehehe

Sengal Ubi said...

to final solution:

tak payah nak fikir-fikir. baca je. tak perlu jawab test pun. hahaha~

to nota kematian:

gigih post resipi tapi tak gigih memasak buat apa? choy sangat!