25.9.08

Selamat Pulang Teman-Teman

Aku. Hilang dalam dunia sendiri. Penuh kealpaan. Diulit khayalan.

Teman-teman sudah pulang. Aku masih di sini. Hari esok seakan terlalu lama. Aku sudah bosan. Mahu berdepan dengan realiti. Hakikatnya, aku masih belum pulang.


Cepatlah tiba hari esok. Perut sudah berkeroncong. Mahu nikmati masakan ibu. Kaki sudah meronta. Mahu jelajah Kuala Lumpur.

Hati dan perasaan sudah berkocak. Mahu bertemu dengannya di Times Square. Dia kini pulih kembali. Sudah tidak sabar. Mahu membelainya seperti dulu.

Mungkin juga hari esok. Kuala Lumpur berlaku kejam. Memusnahkan impian aku. Mematikan cita-cita aku.

Kuala Lumpur, aku cabar kau!

7 Perkara Yang Ingin Dilakukan Hari Ini:

1. Berbuka puasa di Masjid UMP. Motif? Makan percuma katanya.
2. Membasuh baju. Satu loker kesemua. Malas membawa balik baju kaedahnya.
3. Mengemas rumah. Setelah dua minggu bersepahan. Sibuk katanya.
4. Membasuh tandas. Yang jarang-jarang sekali dibasuh.
5. Membuang sampah. Kulat-kulat mulai menjelma. Sedikit kegelian.
6. Mencantas rumput. Kemuncup mulai menyakitkan hati.
7. Berjalan dari Kolej Kediaman 1 untuk sahur dan berjalan pulang ke Kolej Kediaman Dua. 500 meter jaraknya.

Tertakluk pada pindaan. Mungkin-mungkin berubah fikiran.

3 comments:

Mr Final said...

sabar itu sebahagian aripada iman...



















** msg ditulis sewaktu berbaring2 atas katil dirumah

Unknown said...

wah!

ini tidak adil (terasa sedikit cemburu).

Scarlett Syidek said...

hehe..
x balek ag??
orang pon same..
balek ari sabtu lak tu..
bosan sungguh..
hurmm.....=)