10.9.08

Bersabar

6 September 2008.

Usai Test 1 Thermodynamics Chemical Engineering, aku ke Kuantan bersama teman-teman. Menghabiskan tenaga yang masih berbaki, membeli barang keperluan dapur. Aku punya misi sendiri. Mahu pulang ke rumah. Tiket kembali telah lama dibeli. Tiket pulang mengecewakan. Bas yang diidamkan telah kehabisan tiket. Hanya bas yang jarang diperhatikan merayu simpati untuk dibeli tiket.

Destinasi pertama setelah tayar belakang kereta meninggalkan UMP, Terminal Makmur. Aku mahu mencari tiket pulang lewat hari. Tiba di destinasi, konfrantasi berlaku.

Aku:
(Di kaunter tiket Transnasional) Bro... Tiket KL petang ni ada lagi?

Petugas Kaunter:
Dah habis dah dik... Esok ada.

Dalam hati aku panas. Petugas kaunter tiket masih sempat berjenaka denganku. Aku hadiahkan senyuman pahit tanda penghargaan.

Lantas, aku mencari tiket, hingga tiba di kaunter tiket Utama Ekspress.

Aku:
Kak, tiket KL petang ni ada lagi?

Petugas Kaunter:
Pukul 4.30 je yang tinggal dik.

Aku:
Saya nak yang tu... (sambil menghulur tiga helai not merah).

Petugas Kaunter:
(Sambil menanti tiket dicetak, menerima wang yang aku beri) Nah, ini tiketnya... (sambil menghulur baki RM 3.20)

Aku:
Kak, harga tiket dah naik ek? Berapa sekarang?

Petugas Kaunter:
Sebelum raya harga sama je dik, ikut harga lama.

Aku:
Tadi saya bagi RM 30, ingatkan harga tiket dah naik.

Petugas Kaunter:
(Sambil mengerut dahi) Ye ke... harga lama lah dik... Ni akak pulangkan baki (sambil menghulur sekeping not merah).

Aku:
Terima kasih kak.

Masih ada insan berbudi seperti petugas kaunter itu. Biar berlainan jantina berbeza usia, dia melayan aku dengan baik. Berasa selesa tika berurusan dengannya.

Lalu, terus ke East Coast Mall, mahu berbelanja menguntungkan peniaga di bulan puasa. Boleh jadi suatu ibadah, jika ikhlas membeli, jujur menjual.

Lewat petang, selesai sesi membeli dan menjual, teman-teman menghantar aku ke terminal. Terus menaiki bas kuning perak. Destinasi: Kuala Lumpur.

Setelah menaiki bas dan duduk berlandaskan angka tercetak di tiket, aku menoleh ke jam tangan.

4.35 petang.

Bas masih belum bergerak. Aku mula membuat perhitungan dengan keluarga dan sahabat di Kuala Lumpur. Merancang masa untuk bersua kerana belum pasti bila masa ketibaan.

Sampai waktu berbuka, bas baru menerjah Genting Sempah.

Terlalu lambat perjalanan bas ini. Dalam kiriman SMS kepada sahabat, aku menyumpah pemandu bas. Itu bukan salahnya.

Dia juga muslim. Dia juga berpuasa. Dia juga musafir. Aku tidak tahu bersabar.

Puasa menuntut kesabaran. Itu hikmah berpuasa. Aku terlambat menyedari hakikat itu.

Tuhan, ajarilah aku bersabar.

p/s: Aku coretkan perjalanan ini bersiri. Terlalu banyak pengajaran dari perjalanan manusia. Tuhan itu Maha Pemurah. Memberi ilmu yang terbaik dari jalanan. Tuhan, aku bersyukur kepadamu.

3 comments:

FINAL SOLUTION said...

oh blk rupenyer..

Dyat said...

ami... bas utama mmg slow n steady drive style depa.

prnah naik skali pastu mmg tobat tak naik lg bas tu. 4 jam bru smpai gombak.

prefer naik bas yg laju. mcm trans yg record 2jam setengah - 3jam pi gombak. hoho

Sengal Ubi said...

to final solution:

a'ah blk... itu psl jasad tiada di bazar...

hehehe~

to bro dyat:

puasa itu kesabaran... mungkin ujian Allah utk ana...