10.9.08

Kehilangan

Termenung.

Itulah pekerjaanku.

Sindrom yang merasuk diri. Gara-gara kehilangan. Hilang walau sementara, tetap terasa. Rindu yang menebal, tiap kali diseru namanya, makin mendalam gundah di hati.

Semua ini salahku. Aku yang suka menangguh kerja. Walau sudah lama direncana, tidak pernah aku turutkan. Aku terlalu ego, aku terlalu bongkak. Aku yakin dia akan baik-baik sahaja.

Hingga suatu tika, dia mula meragam, makin menjadi. Aku jadi buntu, aku jadi bingung. Aku tidak mahu kehilangannya. Aku tahu semua itu salahku. Tidak mampu menjaganya.

Demi dia, aku turun ke Kuala Lumpur, untuk mengubatinya. Aku redah Times Square dengan beg persis pemuda kampung. Aku usung dia. Aku terlalu cintakan dia, tapi terlamat. Dia sudah tiada bersama aku. Walau hanya sementara, dia kini tiada.

Aku bersalah!

Hukumilah aku!

Aku mahu kembali bersama dia...

Wahai komputer ribaku, pulihlah seperti sediakala. Aku mahu menghabiskan sisa masa bersama kau. Kembalilah kepadaku!

p/s: Sindrom orang yang menghantar komputer riba untuk diservis di Times Square, beginilah. Meroyan sana sini tiada penentu arah. Doakan aku baik-baik sahaja.

2 comments:

Mr Final said...

huhu.. penah alami keadaan sengal yg same seperti ini... heeee :D sabo je laa k

Sengal Ubi said...

to final solution:

itu pasal skrg meroyan x tentu psl.

dgr crite bkc gigih nk buat rumah terbuka bkc. gathering kata nye.

ada org t gigih promote bdk2 2nd year jd mt chest...

hahaha~