7.9.08

Tribute Untuk Senandika


Senandika.

Saya tidak tahu mana asal usul nama tersebut. Mengapa ia dipilih dan siapa yang memilihnya. Saya tidak tahu. Tapi saya percaya, besar ertinya kepada mereka yang meletakkan diri mereka sebahagian dari Senandika.

Saya menjadi sebahagian dari Senandika atas pilihan saya sendiri. Saya berjuang demi Senandika atas kehendak saya sendiri. Senandika terlalu besar ertinya buat saya. Bukan kerana tanggungjawab, bukan kerana amanah, tapi kerana minat dan bakat dalam lakonan.

Saya bukanlah pelakon yang hebat yang menjadi sebutan ramai untuk memberi tunjuk ajar. Saya bukannya pengarah yang kreatif yang menjadi pilihan ramai untuk mementaskan teater. Saya bukannya pengkritik teater yang dihormati ramai setiap kritikannya. Saya hanyalah orang biasa dalam Senandika dan saya bahagia begitu.

Senandika memberi saya ruang bernafas dengan senyuman di balik setiap gundah saya pendamkan di hati. Senandika memberi saya ajaran menjadi manusia di balik setiap teater yang dipentaskan. Senandika menjadi tempat saya mencurah kasih dan sayang pada mereka yang saya anggap keluarga sendiri. Kerana saya tidak pernah mendapat kasih dan sayang seorang kakak.

Saya sedar di bahu, saya punya tanggungjawab yang berat. Saya perlu meneruskan perjuangan Senandika. Saya mengutamakan Senandika dan memikirkan Senandika. Resah dan gundah hati saya mengenangkan Senandika saya pendamkan. Saya mahu mereka selesa dengan Senandika. Saya mahu mereka bergembira dengan Senandika. Saya harus belajar dan terus belajar. Bukan untuk kuasa. Bukan untuk nama. Tapi untuk Senandika supaya terus diperjuangkan.

Walau saya bukan insan yang layak mengepalai Senandika untuk masa yang mendatang, saya tetap akan bersama Senandika. Kerana Senandika telah memanusiakan saya dan saya terhutang budi dengannya. Mengenang detik bersama drama Jalan Sempit, teater Pusaka Sari, teater Misi dan drama Baju Emas Sang Maharaja kadang kala membuat saya sebak.

Mampukah keriangan ini diteruskan? Mampukan kegembiraan ini terus ada?

Musim lepas menyaksikan lima senior Senandika meninggalkan alam universiti, dan mengejar cita-cita mereka. Abang Raja, Abang Wan, Abang Zamrie, Kak Nida dan Kak Nonie meninggalkan Senandika dengan penghormatan. Mereka telah membawa Senandika ke tahap yang tinggi dan pasti mereka dan kami yang masih ada berbangga mengenai itu.

Dalam beberapa ketika yang masih berbaki, akan ada mereka yang akan meninggalkan kita.

Saya tidak ingin menyebut nama-nama mereka kerana saya tidak mahu berhadapan dengan realiti. Namun, lambat laun saya sedar. Mereka harus pergi. Mereka juga punya cita-cita untuk dikejar. Saya tidak mahu membayangkan bagaimana hari-hari Senandika selepas ketiadaan mereka.

Walau tiap yang datang akan pergi, perjuangan harus diteruskan.

Buat yang masih tinggal, banyak yang perlu kita lakukan. Teater Menanti Puteri Hijau menanti kita hujung semester ini. Teater Misi bakal menanti semester hadapan. Saya sendiri buntu bagaimana mahu memberi nafas baru pada teater Misi. Saya mahu ia lebih baik dari sebelumnya. Mengekalkan pelakon yang sama tapi watak yang berbeza saya pasti suatu cabaran buat Taufiq sebagai pengarah.

Saya mengharapkan mereka yang baru bertatih dalam Senandika dan mereka yang bakal bertatih untuk tahun yang mendatang memahami perjuangan Senandika. Senandika di mata saya begitu unik, begitu istimewa. Mungkin juga bertelingkah sekali sekala, apatah lagi bermasam muka. Itu biasa bagi saya, ragam sebuah keluarga. Dalam benak hati setiap insan dalam Senandika, saya tahu besar erti Senandika bagi mereka, sayang mereka pada Senandika dan komitmen mereka pada Senandika. Sesuatu yang ada pada Senandika dan tidak ada pada kumpulan lain ialah komitmen ahlinya yang sangat tinggi dan sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik untuk Senandika.

Untuk ahli Senandika, saya sangat menyayangi anda dan telah saya anggap anda ibarat saudara kandung sendiri. Kerana anda selalu membuat saya tersenyum.

sewaktu latihan teater Pusaka Sari

Senandika... Sweet sangat!

Amiruddin Fadzli
7 September 2008
1.37 pagi

4 comments:

mocQachinno said...

i'm saying this as a newcomer. someone who has been a member of senandika for just a few months.
truth be told, since my first day in UMP senandika is what really makes me feel like home. the only place where i feel that it's ok to be myself. and i know i'm new and doesn't really know everyone that well but the thought of having to see some of the seniors leave is something that i don't like. the little time that we spent with each other and the little time that we have left will never seem enough.
that's what i feel as a newcomer.

Sengal Ubi said...

i'm glad you feel that way. thanks for being part of the family.

nyda said...

Sayang Senandika slalu
rindu mahu bersama kalian
=(

senandika sentiasa dihatiku~

Sengal Ubi said...

to sis nyda:

rindu juga sama kamu!