13.1.09

Accidentally Accident



I'm definitely not safe enough, contrasting to the slogan on my shirt.

See these photos and analyze yourselves. Whatever they said is right. Safety first!

And this is the memorandum I sent to the Vice-Chancellor. Hope it can explain all.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

YH Dato' Naib Canselor,

Saya dengan ini memaklumkan bahawa saya dan seorang rakan telah terlibat dalam satu kemalangan di permulaan jalan baharu ke KK2 pada hari ini, 11 Januari 2009, jam 11.45 pagi.

Kemalangan tersebut disebabkan motorsikal yang saya pandu telah tergelincir ketika melalui jalan yang berpasir. Tambahan pula keadaan fizikal jalan yang sempit dan jalan dua hala ditutup untuk kerja-kerja pembinaan menjadi satu hala menyebabkan jalan tersebut amat merbahaya kepada pengguna. Kemalangan yang kami alami hanyalah kecil. Saya menerima dua jahitan di bahagian siku lengan kanan dan luka-luka sampingan manakala rakan mengalami luka kecil.

Kami telahpun mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gambang dan rawatan susulan di Klinik UMP. Saya sendiri telah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan x-ray ke atas tulang tangan kanan saya dan Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan secara fizikal.

Saya amat berharap pihak universiti mampu melakukan sesuatu untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi pada masa mendatang. Sekurang-kurangnya pihak universiti boleh mengerahkan pihak yang terlibat dengan pembinaan tersebut menyembur air untuk mengelakkan keadaan berpasir tiga kali sehari. Dan yang terkini, lori-lori besar turut menggunakan jalan tersebut bersama dengan kenderaan mahasiswa dan staf. Perkara ini amat membahayakan dari segi keselamatan kerana jalan tersebut hanya mempunyai dua laluan sahaja.

Dalam sesi dialag bersama YH Dato' pada Sabtu lalu, mahasiswa telahpun membangkitkan perkara-perkara di atas dan menginginkan pihak universiti untuk mengambil tindakan yang segera tanpa perlu menunggu kejadian-kejadian buruk untuk berlaku terlebih dahulu, barulah mahu mengambil tindakan. Kini, perkara tersebut telahpun menimpa saya dan diharapkan perkara yang sama tidak berlaku kepada orang lain.

Keadaan yang sama juga berlaku di selekoh ke pintu masuk utama UMP dari Lebuhraya Tun Razak yang berpasir. Keadaan ini boleh mengundang kepada kemalangan terutamanya kepada pemandu motorsikal ketika mengambil selekoh untuk ke UMP.

Moga perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar yang sangat segera dan saya memohon pihak universiti untuk mengambil tindakan yang drastik.

Sekian untuk makluman dan tindakan YH Dato', saya dahului dengan ucapan terima kasih.

10 comments:

Mr Final said...

Salam Takziah

laaa.. napenyer tuh.. dik.. Len kali hati2 ok~

Kat minda tuh jgn asyik pk nak berpropa2 je.. huhu.. kan dah accident...

c h o c o l a t e i.c.e said...

cam truk je tgk bro..

cbe explain ckit peristiwa camne bley eksiden.bley gk di wat iktibar..

lalalala~

BD Fabregas said...

aku masa eksiden go-kart tahun lepas pun injured lbh krg camni gak..

Dyat said...

Salam ami.
Moga cepat sembuh!

Scarlett Syidek said...

semoge ko cpt semboh k..??

Anonymous said...

ish3.ni blk dr prog ape ni bleh xcident ni?hahaha..

get well soon.rerajen sapu ubat kasi luka tu cpt smbuh.

materialgalz said...

weit.. kesian ko.. adeh...

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

aaaaaaaaaaa
tkowt takowt takowt!!!!
aaaaaaaa

Ruzzaida said...

Ish2 amir..
seb baek xde patah2..
ilang skit ke'macho'an..hihi..
get well soon k.. =)

Nurul Nuha said...

yikes!